Jenis-jenis baju polo lelaki dan perinciannya

Jenis-jenis baju polo lelaki dan perinciannya

Baju polo lelaki mempunyai beberapa jenis yang mungkin menarik minat anda. Dengan setiap ciri dan perincian yang terdapat pada baju tersebut, pasti ia dapat membantu anda memilih mana satu yang sesuai dengan diri anda. Jika anda berminat dengan baju polo bercetak, anda perlu tahu polo jenis fabrik apa yang boleh dilakukan cetakkan ke atasnya.

Enam jenis baju polo untuk lelaki

1.      Sutera

Baju polo jenis sutera Ralph ini biasa dipakai di dalam majlis-majlis yang memerlukan penampilan yang bergaya. Ciri fabrik sutera yang ringan menjadikan ia amat selesa dipakai. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan pada fabrik sutera ini iaitu aliran udaranya kurang baik serta tidak dapat dilakukan cetakkan atau corakkan ke atasnya kerana sifat ketidakmampuan sutera itu sendiri. Selain itu, ia juga sangat mudah berkedut dan agak mahal dari segi harga.

2.      Kapas tulen

Seperti yang diketahui umum, fabrik kapas sering menjadi pilihan untuk dijadikan baju kerana kemampuannya menyerap lembapan dengan baik. Baju polo dari fabrik kapas bukan saja lebih ekonomi malah anda boleh memiliki baju polo bercetak atau bercorak mengikut kemahuan anda sendiri kerana fabrik ini mampu untuk dicetak dan dicorakkan ke atasnya. Namun begitu, kekurangan fabrik kapas ini adalah ia mudah berkedut, mengecut, dan tidak kalis kotoran.

3.      Poliester

Selain fabrik kapas, fabrik poliester juga tidak kurang menjadi pilihan bagi pembuatan baju polo. Selain daripada sifatnya yang tidak mudah berkedut dan mengecut, ia juga kalis kotoran. Berkenaan harga, baju polo jenis ini lebih mahal berbanding jenis kapas tulen kerana fabrik jenis ini sangat tahan lama dan baju polo yang terhasil akan menjadi begitu fleksibel.

4.      Prestasi (Performance)

Baju polo prestasi adalah sangat bagus dari segi kualiti kerana ia  didatangkan dengan ciri-ciri pengurang bau dan perlindungan sinar UV. Ia direka bentuk supaya tahan lasak dan kalis kotoran. Baju polo ini tidak mustahil untuk dicorakkan, namun teknik pencetakan tabir tidak dapat dilakukan ke atas fabrik jenis ini.

5.      Sulaman jersi

Baju polo jenis ini dihasilkan dari fabrik yang mudah regang dan sukar untuk berkedut. Paling penting, fabrik ini membenarkan aliran udara yang amat baik. Tetapi, fabrik baju polo ini tidak tahan lama seperti fabrik jenis prestasi (no.4), oleh itu harganya di tahap sederhana sahaja. Teknik pencetakan tabir tidak dapat digunakan ke atas fabrik ini, namun pencorakan boleh dijalankan tanpa masalah.

6.      Campuran

Jika anda mahukan baju polo bercetak, fabrik campuran ini bukan saja boleh dicorakkan malah pencetakan tabir dapat dilakukan ke atas fabrik ini. Fabrik campuran ini memiliki beberapa ciri lain yang disenangi iaitu kalis kotoran, sukar berkedut, murah, dan selesa. Ini kerana fabrik campuran ini ialah gabungan fabrik kapas yang berkos rendah serta ketahanan fabrik sintetik. Perkara ini berpunca dari kos fabrik kapas yang rendah serta ketahanan fabrik sintetik.

Keterangan: Artikel ini berkenaan jenis-jenis baju polo lelaki, di mana terdapat 6 jenis baju polo lelaki berserta perincian bagi setiap jenis untuk anda ketahui.

http://www.custom.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s